速報APP / 教育 / UiTM for society@Hajj

UiTM for society@Hajj

價格:免費

檔案大小:45.3 MB

版本需求:系統需求:iOS 11.0 或以後版本。相容裝置:iPhone、iPad、iPod touch。

支援語言:英語

UiTM for society@Hajj(圖1)-速報App

Lazimnya jemaah haji dan umrah akan diberi pendedahan mengenai falsafah haji serta kaedah atau cara melaksanakan ibadah tersebut yang secara khusus memberi fokus terhadap aspek spiritual dan kerohanian. Pada masa ini terdapat pelbagai rujukan khusus berkaitan tatacara melaksanakan ibadah haji dan umrah yang disediakan sama ada dalam bentuk manual (buku, risalah dan lain-lain) atau secara digital menerusi Apps. Walau bagaimanapun keperluan dan persiapan dari aspek fizikal dan mental kurang diberi perhatian dan penekanan. Kesihatan mental dan fizikal merupakan faktor krtikal dalam melaksanaan ibadah haji dan umrah. Ini kerana ibadah tersebut memerlukan kekuatan tenaga (fizikal) dan fokus yang konsisten bagi memenuhi keperluan rukun serta larangan yang disyariatkan di samping keadaan persekitaran yang mencabar.

Justeru itu, Pasukan Projek UiTM For Society telah membangunkan Apps dan Booklet (UiTM for society@Hajj) yang menyediakan maklumat ringkas dalam bentuk visual dan infografik. Ianya merupakan panduan kepada jemaah haji dan umrah berhubung keperluan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah bagi tiga (3) apek utama yang terdiri daripada Senaman Ringan, Pemakanan dan Kesihatan.

Objektif utama pembangunan Apps dan booklet adalah:

UiTM for society@Hajj(圖2)-速報App

i. Menyediakan panduan dan rujukan berhubung kesihatan mental dan fizikal kepada para jemaah dalam membuat persediaan untuk mengerjakan haji dan umrah.

ii. Memastikan para jemaah kekal sihat sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah haji dan umrah.

iii. Merupakan salah satu (1) sumbangan UiTM kepada komuniti (tanggungjawab sosial UiTM kepada masyarakat).

UiTM for society@Hajj(圖3)-速報App

Projek kolaborasi ini merupakan inisiatif Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Fakulti Sains Kesihatan dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari.